Pengerusi PH berkata ada pihak anggap mereka cukup kuat dan mahu kembali berkuasa.Pengerusi PH berkata ada pihak anggap mereka cukup kuat dan mahu kembali berkuasa.

Anwar anggap PRN Johor laluan mahu bebas Najib

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen [email protected] üzerinden bizimle iletişime geçin.
ANWAR IBRAHIMPengerusi PH Anwar Ibrahim, berkata beliau sedia berundur andai pihak yang mahu menggantikannya ‘tidak mencuri wang negara dan mahu henti amalan rasuah’.

LEDANG: Anwar Ibrahim mendakwa Pakatan Harapan (PH) diheret menyertai PRN Johor kerana ada pihak mahu kembali berkuasa supaya bekas perdana menteri, Najib Razak, dapat dibebaskan.

Pengerusi PH itu berkata, sememangnya tiada keperluan untuk diadakan PRN Johor, namun ia berlaku disebabkan ada pihak beranggapan mereka cukup kuat.

“Pilihan raya tak perlu sekarang, dia paksa juga. Untuk apa? Sekarang kita dah tahu, sebab mereka rasa mereka cukup kuat nak berkuasa kembali seperti dulu, kemudian tentunya nak bebaskan Najib.

“Saya, bersama rakan-rakan PH diheret terpaksa masuk pilihan raya,” katanya ketika berucap pada ceramah mega PH di DUN Serom, Ledang, malam tadi.

Anwar berkata, PH menyertai PRN Johor bagi memastikan kestabilan politik menerusi kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

“Saya nak jamin negara ini stabil, kerjasama Johor dengan PH, kerajaan persekutuan baik dan kita tumpu angkat martabat anak-anak negeri Johor. Negeri ini bukan miskin. Malaysia bukan miskin,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau sedia berundur sekiranya pihak yang mahu menggantikannya mampu menjalankan tugas lebih baik, termasuk ‘tidak mencuri wang negara dan menghentikan amalan rasuah’.

“Kalau mahu jaga negara, nombor satu, ketua-ketuanya mesti betul. Kalau kaki curi, tak boleh. ‘They want to control back the country’. Okay. Tapi kalau kawal untuk apa? Ada dia cerita, kita mahu satu negara yang lebih bersih. ‘No corruption’.

“Kalau ‘much better team’ (daripada PH) saya ‘salute’, silakan. Tapi, kalau yang saya kenal, no way! Tak boleh, jahanam, ini negeri,” katanya.

Beliau turut mengingatkan pemimpin tertentu supaya tidak sombong dengan memberi alasan menolak kerjasama dengan DAP.

“Saya (PM) PH lawan PAS, tapi pilihan raya di Kelantan, PAS menang.

“Saya pergi Kelantan, saya mesyuarat dengan menteri besar PAS, mesyuarat dengan menteri besar Kedah, Terengganu, itu baru demokrasi sebenar. Panggil semua mesyuarat pembangkang, itu cara kita. Tak boleh sombong, tak suka DAP sebab dia Cina. MCA bukan Cina ke?” soalnya.

Anwar persoal tarikh PRN

Sementara itu, Anwar turut mempersoalkan tarikh PRN Johor yang diadakan pada pertengahan bulan kerana berisiko menyukarkan pengundi luar pulang memilih.

Susulan itu, beliau yang juga perdana menteri menyeru penyokong dan pengundi PH yang berada di luar Johor, termasuk di Singapura, pulang menunaikan tanggungjawab, Sabtu ini.

Menurutnya, beliau memahami peratusan keluar mengundi pada PRN lazimnya rendah kerana mereka yang bekerja di luar negeri enggan pulang.

“Ini pilihan raya bagi susah orang mengundi. Patut pilihan raya bagi orang senang mengundi. Tapi ini kenyataan,” katanya.

Piyasa Fırsatı
Cardano Logosu
Cardano Fiyatı(ADA)
$0.19
$0.19$0.19
+0.42%
USD
Cardano (ADA) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen [email protected] ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs