Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata aduan terhadap wartawan mesti dirujuk Majlis Media Malaysia sebelum siasatan atau tindakan diambil.Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata aduan terhadap wartawan mesti dirujuk Majlis Media Malaysia sebelum siasatan atau tindakan diambil.

Mekanisme aduan terhadap media pastikan siasatan adil, kata MMM

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen [email protected] üzerinden bizimle iletişime geçin.
wartawan reporterMajlis Media Malaysia berkata aduan terhadap wartawan perlu melalui proses semakan yang memahami konteks kerja kewartawanan, peranan media dalam demokrasi, serta tanggungjawab media kepada orang awam.

PETALING JAYA: Majlis Media Malaysia (MMM) berkata gesaan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim supaya aduan yang melibatkan wartawan dirujuk terlebih dahulu kepada majlis itu sebelum sebarang tindakan lanjut diambil bukan bertujuan melindungi wartawan.

MMM berkata kenyataan Anwar merupakan pengiktirafan penting terhadap peranan majlis sebagai badan kawal selia kendiri yang bebas untuk industri media, selaras dengan mandat untuk memperkukuh kebebasan media, meningkatkan piawaian kewartawanan, menggalakkan etika media yang bertanggungjawab, serta menyediakan mekanisme aduan yang adil dan bebas.

“Wartawan dan organisasi media tetap tertakluk kepada undang-undang tetapi tindakan terhadap wartawan tidak wajar dibuat secara automatik hanya kerana terdapat aduan daripada mana-mana pihak.

“Aduan sedemikian perlu melalui proses semakan yang memahami konteks kerja kewartawanan, peranan media dalam demokrasi, serta tanggungjawab media kepada orang awam,” katanya dalam satu kenyataan.

MMM berkata aduan yang diterima akan disemak terlebih dahulu oleh sekretariat bagi memastikan ia berada dalam bidang kuasa majlis itu dan melibatkan isu kewartawanan atau amalan media.

Katanya, sekiranya aduan sesuai untuk diproses, MMM boleh merujuk perkara berkenaan kepada organisasi media yang terlibat untuk mendapatkan maklum balas, penjelasan atau tindakan pembetulan.

“Mekanisme ini bukan bertujuan melindungi media daripada akauntabiliti. Sebaliknya, ia diwujudkan untuk memastikan akauntabiliti media dilaksanakan melalui proses yang betul, bebas, telus dan seimbang.

“Kebebasan media dan tanggungjawab media tidak boleh dilihat sebagai dua perkara yang bertentangan sebaliknya diperkukuh bersama,” katanya.

Semalam, Anwar beritahu Dewan Rakyat bahawa aduan terhadap wartawan daripada organisasi media tidak lagi membawa kepada siasatan atau tindakan penguatkuasaan secara automatik, sebaliknya perlu dirujuk terlebih dahulu kepada MMM.

Beliau berkata mekanisme itu diwujudkan bagi memastikan sebarang tindakan terhadap pengamal media dibuat secara lebih adil, telus dan bebas, sekali gus mengelakkan wartawan diheret ke dalam siasatan atau pendakwaan tanpa penelitian sewajarnya.

Piyasa Fırsatı
Katana Inu Logosu
Katana Inu Fiyatı(KATA)
$0.00001622
$0.00001622$0.00001622
+0.06%
USD
Katana Inu (KATA) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen [email protected] ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs