Pengerusi BN Johor berkata sambutan positif sepanjang kempen memberi keyakinan parti itu mampu menang pada PRN Sabtu ini.Pengerusi BN Johor berkata sambutan positif sepanjang kempen memberi keyakinan parti itu mampu menang pada PRN Sabtu ini.

Onn Hafiz dakwa ‘gelombang biru’ kini melanda Johor

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen [email protected] üzerinden bizimle iletişime geçin.
Menteri Besar Johor Onn Hafiz GhaziOnn Hafiz Ghazi bertemu orang ramai pada program di Kampung Perak, Simpang Renggam.

KLUANG: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Onn Hafiz Ghazi mendakwa wujud ‘gelombang biru’ di negeri itu yang disifakan perkembagan positif untuk parti berkenaan, ketika kempen PRN bakal berakhir dua hari lagi.

Berucap dalam satu majlis di Kampung Perak, Simpang Renggam, Onn Hafiz melahirkan keyakinan itu berdasarkan sambutan yang positif sepanjang tempoh berkempen.

“Saya lihat suasana di Johor ini menunjukkan satu gelombang biru.

“Insya-Allah kita akan menang di Johor,” katanya yang akan mempertahankan DUN Machap pada PRN Johor, Sabtu ini.

BN bertanding di semua 56 kerusi dan dalam usahanya mempertahankan mandat 40 DUN dimenangi pada PRN 2022.

Pakatan Harapan (PH) selaku pesaing utama turut meletakkan calon di semua kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) bersaing di 33 DUN, Parti Bersama Malaysia (15), Muda (4) dan Parti Sosialis Malaysia (1).

Bagi kerusi DUN Machap, Onn Hafiz menyasarkan kemenangan dengan majoriti lebih besar berbanding 6,543 undi yang diraihnya pada PRN Johor 2022.

“Kalau dulu kita menang dengan majoriti 6,543 undi, boleh tak kali ini kita naikkan sedikit sasaran?

“Kita sasarkan menang dengan majoriti 8,000 undi,” katanya yang meminta ahli BN tidak leka.

Ketua Umno Johor juga mahu sekurang-kurangnya 60% daripada penyokong BN DUN Machap keluar mengundi menjelang 12 tengah hari pada Sabtu ini.

Piyasa Fırsatı
Particle Network Logosu
Particle Network Fiyatı(PARTI)
$0.04657
$0.04657$0.04657
+1.21%
USD
Particle Network (PARTI) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen [email protected] ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs