Presiden Pejuang berkata penyokong parti itu bebas membuat penilaian sendiri di kerusi tidak ditandingi PN.Presiden Pejuang berkata penyokong parti itu bebas membuat penilaian sendiri di kerusi tidak ditandingi PN.

Mukhriz seru penyokong Pejuang pilih calon berwibawa, bukan PH

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen [email protected] üzerinden bizimle iletişime geçin.
MUKHRIZ_MAHATHIRMukhriz Mahathir turut yakin dengan kemampuan calon Pejuang Suraya Sulaiman yang mewakili PN di Bukit Gambir.

MUAR: Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir menggesa penyokong parti itu di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) supaya memilih calon Melayu berwibawa, berintegriti dan bukan daripada Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata keputusan itu diserahkan kepada ahli dan penyokong Pejuang untuk membuat penilaian sendiri, namun menegaskan calon dipilih mestilah mempunyai kredibiliti serta rekod bersih.

“Apa yang dinasihatkan Dr Mahathir Mohamad ialah pilih calon Melayu. Saya tahu ada beberapa tempat semua calon Melayu, jadi dalam keadaan itu pilihlah calon yang berwibawa.

“Kita tidak mahu calon yang ada masalah integriti. Yang penting bukan PH, selebihnya saya serahkan kepada pengundi dan penyokong Pejuang untuk membuat penilaian,” katanya kepada FMT ketika ditemui membantu kempen PN di DUN Gambir.

Mengulas peluang PN di DUN berkenaan, Mukhriz berkata gabungan itu yakin dengan kemampuan calonnya, Suraya Sulaiman, yang disifatkan mempunyai kelebihan sebagai anak tempatan dan dikenali penduduk setempat.

Katanya, Suraya yang berasal dari Kampung Sawah Ring sudah bekerja di kawasan itu sejak empat tahun lalu dengan turun padang membantu penduduk dari kampung ke kampung.

“Saya rasa kita membuat pilihan tepat dengan Suraya. Di mana-mana saya pergi, pengundi sudah kenal beliau, jadi saya tidak perlu memperkenalkan calon.

“Walaupun pertandingan tiga penjuru dengan dua pencabar yang kuat daripada Barisan Nasional (BN) dan PH, kami kekal optimis untuk menang,” katanya.

Mengenai sokongan pengundi bukan Melayu, Mukhriz mengakui ada segelintir pengundi meluahkan hasrat untuk memboikot pilihan raya atau beranggapan semua parti politik sama sahaja.

Bagaimanapun, beliau berkata PN berusaha meyakinkan mereka bahawa gabungan itu berbeza daripada pesaingnya, terutama dalam menangani isu ekonomi dan kebajikan rakyat.

“Setakat ini respons daripada pengundi bukan Melayu sangat positif. Saya harap ia diterjemahkan dalam bentuk undi dan peratusan keluar mengundi yang tinggi memihak kepada kami,” katanya.

Sebelum ini, PAS secara rasmi menyeru penyokong dan pengundinya memberi undi kepada calon Barisan Nasional (BN) di kerusi yang tidak ditandingi PN.

Mahathir pula menyeru pengundi Melayu supaya mengutamakan calon Melayu pada pilihan raya, tanpa mengira parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan.

Piyasa Fırsatı
Particle Network Logosu
Particle Network Fiyatı(PARTI)
$0.04623
$0.04623$0.04623
+0.47%
USD
Particle Network (PARTI) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen [email protected] ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs