Dadah itu dianggar RM13.34 juta cuba dibawa masuk antaranya melalui KLIA.Dadah itu dianggar RM13.34 juta cuba dibawa masuk antaranya melalui KLIA.

116.2kg bunga ganja dirampas dalam 4 serbuan berasingan

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen [email protected] üzerinden bizimle iletişime geçin.
Shazeli Kahar Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar, berkata bunga ganja itu dirampas dalam serbuan di KLIA dan Kota Warisan, Sepang, selain lima suspek kini direman. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sebanyak 116.2kg bunga ganja bernilai RM13.34 juta dirampas dalam empat serbuan berasingan di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Kota Warisan, Sepang.

Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar, berkata dalam serbuan dilakukan pada Jun dan awal bulan ini, lima suspek berumur 25 hingga 40 tahun ditahan membabitkan dua lelaki warga asing, seorang lelaki warga tempatan, dan dua wanita tempatan.

“Dalam serbuan pertama pada 29 Jun lalu, polis mengesan dua bagasi mencurigakan semasa melalui mesin imbasan di terminal dan menahan pemiliknya iaitu seorang lelaki warga asing dari sebuah negara di rantau Asia Tenggara.

“Polis menahan suspek di ruangan menunggu pelepasan penerbangan. Hasil pemeriksaan awal, polis menemukan 60 bungkusan plastik dianggarkan seberat 33.6kg bernilai RM2.7 juta,” katanya di IPK Selangor, Shah Alam menurut Harian Metro.

Shazeli berkata, dalam serbuan kedua juga di lokasi sama, polis mengesan satu bagasi mencurigakan dan menemukan 39 bungkusan plastik dianggarkan seberat 21.1kg bernilai RM1.7 juta.

“Susulan itu, polis menahan seorang lelaki warga tempatan yang juga pemilik bagasi terbabit. Saringan awal air kencing, suspek positif dadah amphetamine dan methamphetamine,” katanya.

Beliau berkata, serbuan ketiga pada 3 Julai pihaknya menahan suami isteri warga tempatan di parkir sebuah kondominium sekitar Kota Warisan, selain merampas empat bagasi dan tiga beg plastik berisi 146 bungkusan plastik mengandungi ketulan mampat bunga ganja anggaran 76kg, bernilai RM6.1 juta.

Beliau berkata, keesokannya polis mengesan dua bagasi mencurigakan semasa melalui mesin imbasan di Terminal 1 dan menemukan 68 bungkusan plastik dianggarkan 35.5kg bernilai RM2.84 juta.

“Polis menahan seorang lelaki warga asing dari negara Eropah yang juga pemilik bagasi terbabit. Saringan awal air kencing mendapati, suspek negatif dadah,” katanya.

Semua suspek direman tujuh hari bermula dari tarikh ditangkap dengan reman disambung lagi. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Piyasa Fırsatı
4 Logosu
4 Fiyatı(4)
$0.008722
$0.008722$0.008722
+0.14%
USD
4 (4) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen [email protected] ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs