Calon berusia 26 tahun itu mengetengahkan isu setempat seperti banjir dan rumah mampu milik.Calon berusia 26 tahun itu mengetengahkan isu setempat seperti banjir dan rumah mampu milik.

Calon Muda mahu jadi ‘paling lantang’ di Puteri Wangsa

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen [email protected] üzerinden bizimle iletişime geçin.
Rashifa AljuniedRashifa Aljunied dari Muda berkata dia terlibat dengan arena politik disebabkan rasa kecewa dan marah.

JOHOR BAHRU: Calon Muda bagi kerusi Puteri Wangsa, Rashifa Aljunied berhasrat menjadi ‘suara paling lantang’ di kawasan itu bagi mengetengahkan kebimbangan penduduk tempatan sekiranya dipilih dalam PRN Johor esok.

Biarpun kali pertama bertanding, beliau tidak gentar berdepan pesaing yang lebih menumpukan kepada isu nasional atau terlibat dalam pertelingkahan dengan lawan masing-masing.

Sebaliknya, beliau memberi tumpuan kepada isu setempat selepas menghabiskan tempoh empat tahun lalu di Puteri Wangsa apabila berkhidmat sebagai pembantu kepada bekas Adun kawasan itu, Amira Aisya Abdul Aziz.

Antara isu utama yang dibawanya ialah masalah banjir, rumah mampu milik dan pembangunan pusat data.

Bercakap kepada FMT, Rashifa berkata peningkatan kos sara hidup turut menjadi kebimbangan penduduk tempatan dan beliau ‘terkejut apabila mendapati harga di Johor Bahru kini setanding dengan Kuala Lumpur’.

“Saya tidak akan menyesal bercakap mengenai isu yang memberi kesan kepada Puteri Wangsa serta idea besar yang saya ada untuk kawasan ini,” katanya.

Rashifa, yang berkelulusan dalam bidang hubungan antarabangsa di Universiti Malaya, memutuskan untuk menyertai Muda selepas menyertai perhimpunan ‘Tangkap Azam Baki’ pada 2022 di Kuala Lumpur.

Wanita berusia 26 tahun itu berkata beliau dipanggil polis kerana menyertai perhimpunan tersebut, walaupun ketika itu beliau bukan ahli mana-mana parti politik.

“Saya rasa tidak adil apabila seorang anak muda yang mahu menyuarakan kebimbangan dihalang. Saya terlibat dalam politik kerana rasa kecewa dan marah,” katanya.

Ketika ditanya mengenai perkara yang diharapkan pengundi daripada wakil rakyat mereka, Rashifa berkata pengundi mahu wakil rakyat menunaikan janji yang telah dibuat.

Beliau berkata Muda tidak akan berpaling daripada mereka yang mengundi parti itu.

“Kami tidak akan mengkhianati pengundi dan berpatah balik daripada dasar yang mahu kami perjuangkan,” katanya.

Rashifa berdepan pertandingan lima penjuru bagi kerusi itu menentang calon Pakatan Harapan, Maszlee Malik; calon Barisan Nasional, Teow Chia Ling; calon Bersama, Nicholas Paul Vincent; dan calon bebas, Wang Wee Siong.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen [email protected] ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs