Kementerian Dalam Negeri berkata warganegara berumur 18 tahun ke atas boleh memilih antara pasport lima tahun atau 10 tahun.Kementerian Dalam Negeri berkata warganegara berumur 18 tahun ke atas boleh memilih antara pasport lima tahun atau 10 tahun.

Pasport Malaysia 10 tahun dikeluarkan esok

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Pasport 10 tahun itu akan dikenakan bayaran RM350, manakala pasport lima tahun kekal pada harga RM200.

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia mempunyai pilihan untuk memohon pasport antarabangsa baharu dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun bermula esok, kata Kementerian Dalam Negeri.

Kementerian itu berkata warganegara berumur 18 tahun ke atas boleh memilih antara pasport lima tahun atau 10 tahun, bergantung kepada keperluan masing-masing.

“Pengenalan pasport 10 tahun dijangka mengurangkan kekerapan pembaharuan pasport, menjimatkan masa pengguna, dan memudahkan perjalanan dalam serta luar negara,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan selepas pelancaran pasport tersebut oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini.

Pasport 10 tahun itu akan dikenakan bayaran RM350, manakala pasport lima tahun kekal pada harga RM200.

Kementerian itu berkata berkata pilihan pasport 10 tahun akan menjimatkan RM50 berbanding pembaharuan pasport lima tahun sebanyak dua kali dalam tempoh yang sama.

Ia menambah bahawa pasport baharu itu dilengkapi 94 ciri keselamatan, meningkat daripada 49 pada versi sedia ada, termasuk corak guilloche, imej terpendam, cetakan pelangi, modulasi lebar garisan, hologram dan cetakan ultraungu bagi mengelakkan pemalsuan dan pengubahsuaian.

Imej bunga raya akan digantikan dengan rama-rama Rajah Brooke’s Birdwing, yang menurut kementerian melambangkan biodiversiti dan warisan semula jadi negara.

Pelaksanaan akan dilakukan secara berperingkat di 71 pejabat pasport seluruh negara, kata kementerian itu.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak tergesa-gesa menukar pasport yang masih sah kerana ia boleh digunakan sehingga enam bulan sebelum tarikh luput.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.